Purple Heart Set Pointer

6 perkara wanita yang paling digeruni lelaki..




Dilema seorang lelaki yang mempunyai pasangan dan belum berkahwin? Ini diantara dilema-dilema yang pernah aku alami sewaktu dulu (artikel ini disalin dan rasa macam ada kena mengena saja, hahaha). Sekarang? Suka hati aku nak buat apa, dan suka hati dia nak buat apa! Selagi tidak terikat, aku tidak mahu mengawal setiap gerak-geri dia tapi bila dah terikat,

"Duduklah kamu didalam sangkar ini! Hahaha!"

Okeh, sambung artikel yang disalin ini!



Dia Tahu Semuanya

Ada perkara-perkara yang kita sembunyikan dari si dia, tentang hal-hal peribadi, keadaan sekeliling kita - disebabkan bukannya 24 berkepit (kalau dah kahwin itu lainlah). Akan tetapi dia tahu serba-serbi tentang kita! Pelikkan?


Penyelesaian: Tanyalah si dia tanpa paksaan. Perempuan tak suka dipaksa. Mungkin kita memberitahu si dia dan terlupa akan perkara tersebut, mungkin juga dia mengorek rahsia dari kawan-kawan kita.



Dia Berkenalan Dengan Sahabat Dan Keluarga Anda Tanpa Pengetahuan Anda.

Kita mungkin segan untuk memperkenalkan si dia kepada kawan-kawan kita dan keluarga kerana perhubungan itu masih baru lagi dan tidak tahu sejauh mana perhubungan anda dengan si dia. Tiba-tiba ada ahli keluarga kita bertanya, "Bila nak bawa gadis jumpa kitaorang?". Mesti macam nak gugur jantung tu!

Penyelesaian: Perkara yang penting kamu kena lakukan, bataskan perhubungan itu. Cuba tanya/korek-korek dari sesiapa yang pernah berbicara dengannya tentang apa yang dia tahu. Kalau tanya pada si dia, mungkin dia tidak akan jujur. :D





Dia Bertindak Sebagai Pembantu Peribadi Anda

Setiap perkara yang kita nak lakukan, haruslah meminta pendapat si dia. PA free tu! Nak kemana-mana pun haruslah bawa si dia, kalau dah jadi bini pun, takkanlah nak lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi pun tak boleh kan?

Penyelesaian: Kadang-kadang kita terpaksa abaikan si dia, bukannya tak sayang tapi kita memerlukan masa untuk kita juga. Hidup ini bukanlah dengan dia sahaja. Siapa kita tanpa kawan-kawan?



Dia Tahu Semua Katalaluan Akaun Anda

Dari Facebook, Twitter, Email hinggalah ke akaun bank (CIMBClick, Maybank2u) anda akan tetapi dia susah nak bagi dia punya password. Kadang-kadang kita terima email/komen dari kawan-kawan yang bergurau, tetapi si dia menganggap perkara itu begitu serius hingga dapat menyebabkan perhubungan tergugat sedikit.

Penyelesaian: Tukar sahaja segala katalaluan itu, jika ditanya, katakan kamu tidak tahu tetapi ini bukanlah jalan penyelesaian kerana masalah seterusnya akan timbul yakni, merajuk. Gunakan ayat-ayat berbunga untuk memujuknya kembali. Tenangkan dia, lama-kelamaan dia akan malas untuk ambil kira perkara itu.




Si Dia Muncul Tiba-Tiba Di Tempat Yang Tak Sepatutnya

Kedai mamak merupakan tempat untuk kita melepak bersama kawan-kawan dan secara tiba-tiba si dia datang mengejut. Walaupun tak buat salah, mesti jadi menggelabah sebentar.

Penyelesaian: Katakan pada si dia yang anda tak suka dia datang secara mengejut. Katakan padanya, "Aku bukannya lelaki seperti dalam lagu Kantoi yang Zee Avi nyanyi tu".


Kesimpulannya, sayang pada dia tak bermaksud hidup ini hanya untuk dia. 24 jam bersama dengannya, wang anda wang dia, dan wang dia wang dia (paham?). Lainlah kalau dah berumah tangga!

Terima Kasih Sila Comment Atau Share ye


0 comments:

Catat Ulasan